NOTIS

RADIO KOBAT FM

Thursday, 20 February 2014

TAKLIMAT SUA PADA 22 FEB INI DITUNDA, MESYUARAT MPN TETAP DITERUSKAN

Adalah dimaklumkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan, Taklimat MATC yang dijadualkan pada 22/02/2014 (Sabtu) ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak, ini berikutan SUA tidak dapat hadir kerana ada tugas lain yang perlu diselesaikan.

Bagaimanapun mesyuarat MPN yang dijadualkan pada hari yang sama (22/2/2014 Sabtu) diteruskan bermula jam 2.00 petang bertempat di Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota, B 170, Tingkat 1, Lorong IM 8/33, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan (bersebelahan Restoran Mc Donald Jln. Sg. Lembing).


Kehadiran ahli mesyuarat MPN sangat diharapkan.
Terima kasih.


KAMARZAMAN MOHAMED YUNUS (PakLong)
SU PKR Pahang

Sunday, 16 February 2014

TAKLIMAT KHAS SUA KEADILAN DAN MESYUARAT MPN PADA 22 FEB (SABTU) INI

Dimaklumkan satu TAKLIMAT KHAS akan disampaikan oleh Dato' Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung) untuk peringkat Negeri Pahang akan diadakan pada 22/02/2014 (Sabtu) jam 2.00 petang bertempat di Pejabat Parlimen Indera Mahkota, B - 170, Tingkat 1, Jalan IM 8/33, Bandar Indera Mahkota.

Semua Ahli Mesyuarat Pimpinan Negeri, Bendahari Negeri, Setiausaha Kerja Negeri, Ketua AMK Negeri, Ketua Wanita Negeri, Ketua Penerangan Negeri, Ketua Komunikasi, Pengarah PR Negeri, Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang, Setiausaha Cabang dan Penyelaras DUN dijemput hadir, kehadiran tuan/puan sangat-sangat diharapkan.

Harap tidak diuzurkan.

Sila beri maklum balas kepada sekretariat MPN tentang kehadiran tuan/puan
(Paklong 013 9929494 dan Adnan Abu SUK NP 013 3678876).

KAMARZAMAN B MOHAMED YUNUS
Sekretariat MPN

Sunday, 9 February 2014

ADA PEMIMPIN YANG PERLU KEPADA TARBIYAH POLITIK

Jangan lupa diri bila telah berada di puncak.  Ini saja yang boleh dipesankan kepada sesiapa yang mempunyai sifat ego dan berasa hebat.  Muhasabah diri, dari mana kita datang dan mengapa kita berada di puncak sekarang.

Amat dikesali apabila ada pemimpin yang bercakap lepas mulut tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.  Bicaranya jauh dari untuk mengajak rakyat melawan kezaliman tetapi cuba mencetuskan keraguan dan kontroversi di kalangan para penyokong sendiri.  Ini semua PRK Dun Kajang punya cerita.  Pemimpin di atas sebut lain, pemimpin lain pula cuba menonjolkan diri dengan membawa maksud yang lain.

Pemimpin kata bersedia untuk bantu kemenangan PR di PRK Dun Kajang dan "soal MB tidak timbul" kerana tumpuannya kemenangan di Kajang.  Pemimpin lain pula buat tafsiran ikut selera dia.  Dia menafsirkan "Soal MB tidak timbul" itu adalah bermaksud "Tidak sokong Anwar jadi MB Selangor".  Tepatkah penafsiran ini?  Mengapa lebih sudu dari kuah?  

Inilah sikap yang menunjukkan betapa pemimpin ini perlu dapat 'tarbiyah politik" yang lebih lagi walaupun 'tarbiyah' ugama begitu tinggi.  Hebat di bidang ugama, hukum hakam, belum tentu hebat berkata di dalam soal politik.  Banyak orang yang tinggi ilmu agamanya tetapi sering tersasar apabila membicarakan soal politik.  Politik tidak boleh dipisahkan dari agama, tetapi strategi politik bukannya semudah kamu menghukum di bidang agama.  


Monday, 3 February 2014

APAKAH KESANNYA DI DALAM KEPUTUSAN PRK DUN KAJANG NANTI JIKA ADA TINDAKAN BOIKOT?

PRK Dun Kajang tidak beberapa lama lagi adalah ujian buat PR.  Ujian buat rakan-rakan di dalam PR samada mereka sanggup atau tidak senang dan susah bersama.  Jika kali ini kita lihat ada rakan kita yang tidak sanggup susah bersama, jangan menyesal di kemudian hari.

Kita tahu tidak semua setuju Dun Kajang itu dikosongkan Kerusinya oleh Wakil Rakyat dari PKR.  Namun, penjelasan telah diberikan atas sebab musababnya dan pimpinan dari PR telah pun mengetahuinya.  Kini, tiba masa untuk tumpukan kerja untuk membantu calon kita di Dun Kajang atau memilih mahu memboikotnya.  Jika memilih untuk memboikot, terpulanglah tetapi kita jangan lupa kita ada banyak Pilihanraya lagi selepas ini samada PRK mahu pun PRU.  

Apakah jika Umno/Bn menang di Dun Kajang, maka kita merasa bangga sekali kerana usaha boikot kita berjaya?  Jika kita telah bekerja kuat di Kajang, namun rakyat menolak kita maka tentunya kita berpuas hati kerana kita telah berusaha sedaya upaya.  Kita tidak boleh pandang mudah PRK Dun Kajang ini walaupun kita memiliki majoriti lebih 6 Ribu di dalam PRU 13 yang lalu.  Kita harus ingat, kita bakal berdepan bukan dengan Umno/Bn sahaja tetapi dengan seluruh jentera kerajaan mungkin termasuk juga SPR.

Jika kita menang tanpa ada boikot dari rakan-rakan, pastinya di mana sahaja PRK atau PRU akan datang sikap bantu membantu pasti lebih kuat.  Sebaliknya, samada calon kita di Dun Kajang menang atau tewas tetapi ada puak yang boikot, kesannya amat besar kemudian hari.  Jadi, berfikirlah dengan matang.  Gunalah kaedah Fekah iaitu apabila berdepan dengan dua mudharat, pilihlah mudharat yang paling kurang atau minima.  Apatah lagi tiada kemudharatan langsung melainkan jika kita tidak mengetahuinya atau tidak mahu mengambil tahu.


Monday, 20 January 2014

PENYOKONG PR SEBABKAN HARGA BARANG NAIK?

Kenyataan yang dibuat DS Tengku Adnan semalam yang menyelar ‘orang tengah’ yang kononnya cuba menimbulkan kebencian terhadap kerajaan BN adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan amat dikesali, lebih-lebih lagi apabila Menteri membuat andaian bahawa pihak yang menaikkan harga adalah terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat.

Kenyataan Menteri ini adalah cubaan untuk mengalih pandangan umum daripada isu sebenar, bahawa kenaikan harga barang timbul daripada kegagalan dasar pentadbiran DS Najib Razak untuk menangani kenaikan inflasi yang mendadak. Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim telah mengingatkan rakyat dalam kenyataan beliau tempoh hari bahawa kadar inflasi di Malaysia telah meningkat dari 1.2% pada Disember 2012 ke 2.9% pada November 2013, iaitu peningkatan 2.4 kali ganda.

Ku Nan dan kerajaan UMNO-BN perlu menghentikan retorik yang tidak berasas seperti ini dan sebaliknya berusaha untuk mengetengahkan idea-idea dan dasar-dasar yang dapat menangani isu inflasi dengan efektif. Harga petrol patut diturunkan, monopoli gula yang dipegang Syed Mokhtar perlu dipecahkan, dan pelbagai kenaikan yang dicadangkan seperti kadar tol, tarif elektrik, dan cukai GST wajib ditarikbalik. Sekurang-kurangnya kerajaan UMNO-BN wajib menangani ketirisan dan rasuah yang mengakibatkan berbilion ringgit wang Rakyat lesap begitu sahaja, seperti yang dilaporkan saban tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara./KD

Friday, 17 January 2014

JANGAN SEBAB 'KANGKUNG' IMEJ PDRM TERCEMAR


Amat memalukan jika benar apa yang dinyatakan di dalam Twitter Sdr Fariz Musa ini.  Tidak terfikir oleh kita bagaimana sejauh itu pihak Polis bertindak, dan saya harap ianya tidak benar.

Di dalam keadaan kadar jenayah di negara ini semakin membimbangkan, menyiasat isu 'kangkung' adalah satu tindakan yang amat memalukan, lucu dan paling sedih sekali boleh menjatuhkan imej PDRM sendiri.  Kita tidak kisah imej Menteri Dalam Negeri yang menjaga Polis itu tercemar kerana dia orang politik dan nama dia pun sudah lama tercemar dengan isu himpunan aman dan yang terbaru dulu kisah tuduhan Syiah terhadap Mat Sabu.  Kesemua itu benar-benar menjatuhkan imej Zahid Hamidi.

Kini, isu "kangkung' pula menjadi isu besar yang diletakkan beban ke atas Polis.  Apakah "kangkung' sejenis tanaman atau sayuran yang sama seperti ketum atau ganja?  Apakah melagukan kebanggaan Najib tentang turunnya harga kangkung satu jenayah besar?  Bukankah lagu itu boleh membantu menaikkan imej Najib sebagai satu-satunya PM yang berjaya menurunkan harga kangkung?

Usahlah pihak Polis melayani perangai kebudak-budakan orang politik seperti ini.  Banyak lagi tugas Polis yang lebih penting yang dibayar gajinya oleh rakyat untuk berkhidmat secara profesional.  Jangan sampai nanti rakyat hilang hormat kepada pihak Polis angkara tangan-tangan jahat orang politik ini.

Wednesday, 8 January 2014

MENZIARAHI KETUA CABANG ROMPIN DI HTAA

Wak Rabidin Kasmawi - Ketua Cabang Rompin
 
Sempat bergambar bersama Sdr Wak Rabidin
 
Sdr Razali Alias, Ketua Penerangan PKR Pahang juga turut menziarahi
Sdra Wak Rabidin b Kasmawi - Ketua Cabang Rompin telah dimasukan ke Hospital pada 6/1/2014 (Isnin) kerana sakit Batu Karang, beliau dijangka menjalani pembedahan pada 8/1/2014 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Rakan-rakan yang berhasrat ziarah bolehlah ke HTAA tingkat 4.

Sdr Hatta bersama Sdr Wak Rabidin di HTAA