Perbicaraan Setiausaha PKR Pahang, Sdr Kamarzaman Mohamad Yunus di atas tuduhan menganjurkan perhimpunan haram tanpa permit "Blackout 505" telah ditunda kepada tahun depan. Penangguhan kes ini dibuat kerana Hakim yang mengendalikan kes tersebut di Mahkamah Sesyen 1, Kuantan cuti sakit.
Wednesday, 27 November 2013
Monday, 25 November 2013
BICARA KES HIMPUNAN BLACKOUT DI MAHKAMAH KUANTAN PAGI INI
Pagi ini (25/11/2013) jam 09.00 Setiausaha PKR Pahang, Sdr Kamarzaman Mohamad Yunus akan menghadiri perbicaraan di Mahkamah Sesyen 1, Kuantan berkaitan kes Himpunan "Blackout 505" yang telah berlangsung di Perkarangan Pejabat PKR Negeri Pahang sejurus selepas PRU 13 yang lalu.
Pertuduhan terhadap beliau adalah berkaitan himpunan tanpa permit dan kelulusan. Meskipun himpunan tersebut telah diadakan di Perkarangan/Dataran Pejabat PKR Negeri iaitu kawasanb hak milik persendirian, namun tindakan tetap mahu diambil ke atas Penganjur.
Sehubungan itu, marilah bersama ke Mahkamah esok bagi memberikan sokongan moral kepada Sdr Kamarzaman dan kita doakan agar kes ini akan memihak kepada kebenaran, InsyaAllah.
Thursday, 14 November 2013
HADIR RUMAH TERBUKA DEEPAVALI PARLIMEN/DUN INDERA MAHKOTA
Malam tadi, (13 Nov 2013) jam 08.00 malam bertempat di perkarangan Pusat
Komuniti Dun Semambu, Indera Mahkota telah diadakan Rumah Terbuka
Deepavali anjuran Parlimen Indera Mahkota bersama Dun Semambu.
Berbagai lapisan masyarakat telah hadir bagi meraikan kaum berugama
Hindu yang masih lagi hangat dan meriah menyambut Deepavali. Ahli
Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman tidak dapat hadir
kerana tugasan beliau di Parlimen telah mewakilkan Pegawai Khasnya, Sdr
Dr Azli yang telah memberikan ucapan mewakili YB Dato' Fauzi. Adun
Semambu, YB Lee Chean Chung juga turut hadir memeriahkan lagi sambutan
yang diadakan malam tadi.
Turut hadir adalah beberapa pimpinan setempat termasuk SU PKR Pahang, Sdr Kamarzaman Yunus.
![]() |
SU PKR Pahang, Sdr Kamarzaman (baju batik) bersama isterinya dan Pegawai Khas MP Indera Mahkota, Sdr Azli |
![]() |
Adun Semambu, YB Lee Chean Chung (Dua dari Kiri) dan Sdr Kamarzaman (SU PKR Pahang) bersama di antara yang hadir meraikan Rumah Terbuka Deepavali |
![]() |
Sdr Dr Azli mewakili MP Indera Mahkota memberikan ucapan |
![]() |
Dr Azli mewakili YB Dato' Fauzi menyampaikan sumbangan |
Wednesday, 6 November 2013
ALMARHUM TUAN HJ SUHAIMI YANG SAYA KENALI
AL FATIHAH.
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Al Fatihah buat Almarhum Tuan Hj Suhaimi Said, Pengerusi Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR yang juga Ketua Cabang PKR K.Krau, bekas calon Dun Jenderak di atas pemergian beliau ke Rahmatullah petang semalam.
![]() |
Almarhum Tuan Hj Suhaimi seorang pejuang |
Tiada kata yang boleh saya lafazkan kecuali perasaan sedih di atas pemergian Almarhum, bukan sahaja kerana beliau adalah salah seorang pimpinan PKR Pahang iaitu Naib Pengerusi, tetapi juga beliau mempunyai sejarah hubungan peribadi yang 'sentimental' dengan saya. Satu-satunya sifat terpuji yang ada pada Almarhum adalah ketegasan beliau di dalam sesuatu isu atau perkara yang beliau rasa benar walaupun bercanggah pendapat dengan orang lain. Begitulah hubungan beliau dengan saya sewaktu saya melaksanakan amanah sebagai Setiausaha PKR Pahang. Itulah juga cara beliau dengan sesiapa pun hatta dengan Pengerusi PKR Pahang sendiri bahkan di peringkat MPP yang mana beliau juga salah seorang Ahli MPP.
![]() |
Kamarzaman - Rasa sedih kehilangan Almarhum |
Satu ketika, hubungan saya dengan dia dilihat ramai rakan seperti musuh ketat yang tidak akan bersatu kembali. Namun, bagi mereka yang mengenali saya dan Almarhum ianya tidak menjadi sedemikian. Berselisih pendapat, tegur menegur sesama ahli parti adalah satu sikap yang positif jika dilihat secara positif. Saat paling tidak dapat saya lupakan, setelah agak lama seperti 'bermasam muka', kami bertemu di Kuantan di dalam satu majlis sebelum PRU 13 yang lalu, saya menghampiri beliau dan berjabat tangan lalu kami berpelukan sambil saya berulangkali memohon maaf kepada beliau sekiranya tindak tanduk saya menyinggung perasaannya. Alhamdulillah, rupa-rupanya Almarhum bukan seorang pendendam tetapi beliau begitu ikhlas meluahkan pendapatnya.
Selepas itu, hubungan kami amat rapat sehinggalah Almarhum banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya berkaitan urusan parti. Itulah dia wajah sebenar Almarhum Tuan Hj Suhaimi yang saya kenali. Tegas, tetapi tidak pendendam dan tidak suka bermusuh dengan sesiapa.
Kehilangan beliau amat saya rasai. Beliau amat gigih melaksanakan amanah dan tanggungjawab parti. Sebelum PRU 13, beliau berulangkali merayu kepada Pengerusi PKR Negeri agar tidak dicalonkan namanya sebagai calon di Dun Jenderak, tetapi beliau sanggup bekerja membantu kemenangan calon yang dipilih oleh parti. Beliau juga berulangkali memohon meletakkan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR K.Krau atas alasan masalah kesihatan yang sering mengganggu dan juga ingin menonjolkan muka baru di Jenderak. Malangnya, permohonan Almarhum ditolak oleh Pengerusi MPN kerana tenaga dan buah fikiran beliau amat diperlukan oleh parti tambahan pula disaat PRU, parti tidak mempunyai banyak masa untuk melatih tokoh baru bagi menggantikan beliau.
Itulah Almarhum Tuan Hj Suhaimi Said. Beliau bukan insan yang mengejar jawatan dan kedudukan. Beliau berjuang di dalam parti adalah untuk melaksanakan agenda parti bagi melakukan perubahan atau 'reform'. Meskipun terdapat pimpinan dan ahli parti yang kecewa dengan keputusan parti lantas meninggalkan parti, ini tidak berlaku kepada Almarhum. Tidak semua keputusan parti samada di peringkat Negeri mahupun Pusat dipersetujuinya, namun Almarhum tidak sanggup untuk meninggalkan parti yang dicintainya. PKR adalah parti yang didokong oleh beliau sehingga ke nafas yang terakhir.
Terima kasih Tuan Haji Suhaimi Said. Jasamu tetap ku kenang semoga Allah merahmati Roh mu di sana dan ditempatkan bersama golongan pejuang Islam dan Solehah. AL FATIHAH.
KAMARZAMAN MOHAMED YUNUS
Setiausaha
PKR Pahang
Tuesday, 5 November 2013
IMEJ PKR TERCALAR LAGI ANGKARA PENGKHIANAT INI?
ISU lompat lagi melanda PKR. Jeremy
Malazad, Adun Kadamaian, mengisytiharkan beliau telah melepaskan semua
jawatan serta keluar dari PKR semalam. Jangan terperanjat selepas ini,
Jelani Hamdan, Adun Matunggong turut akan berbuat demikian walaupun
kita masih mengharapkan beliau masih mempunyai akal sebagai manusia
bertamaddun dan bermoral.
Apa
pun alasan yang diberikan, mereka kena tahu rakyat pilih mereka bukan
kerana kehebatan mereka secara peribadi tetapi kerana yakin dengan parti
yang beliau wakili iaitu PKR. Ertinya, rakyat mahukan perubahan yang
diperjuangkan oleh PKR/PR di Sabah. Jika ikhlas beliau ingin berjuang
sendiri tanpa PKR, nah, sila kosongkan kerusi Dun yang mereka wakili dan
kembalikan semula kepada rakyat untuk memilih samada mereka masih yakin
dengan PKR/PR atau tidak. Mengapa bacul takut untuk kosongkan kerusi?
Mahu makan elaun Adun dengan cara menghisap darah rakyat?
Alasan beliau,
"kejayaan BN menangani pelbagai isu yang dibangkitkan di negeri itu
semasa pilihan raya umum ke-13 membuatkan beliau meneliti semula
kedudukannya sebagai wakil rakyat PKR. "Saya sudah berjanji untuk
menjadi wakil rakyat terbaik dalam memberi sumbangan dan khidmat yang
diperlukan oleh rakyat, dan saya percaya rakyat di Sabah semakin yakin
dengan pendekatan dan kesungguhan kerajaan BN dalam menyelesaikan isu
berbangkit," katanya.
Jelas, beliau tidak sanggup menghadapi kesusahan sebagai Adun Pembangkang. Beliau mahu naik dengan hasil sokongan rakyat tetapi tidak sanggup menempuh kesusahan seperti rakyat Sabah telah tempuh berpuluh tahun lamanya. Memang bangsat jenis ini.
Jelas, beliau tidak sanggup menghadapi kesusahan sebagai Adun Pembangkang. Beliau mahu naik dengan hasil sokongan rakyat tetapi tidak sanggup menempuh kesusahan seperti rakyat Sabah telah tempuh berpuluh tahun lamanya. Memang bangsat jenis ini.
Satu
perkara lagi, siapa yang mencalonkan orang seperti ini menjadi calon
PKR? Bukankah Ketua Umum PKR berkali-kali tegaskan bahawa pada PRU 13
PKR akan tentukan calon terbaik tanpa ada spesis katak seperti ini?
Memang kita tidak boleh selami hati dan niat seseorang kecuali melihat
pada zahirnya, tetapi sedikit sebanyak aku rasa ada yang tidak kena
dengan sistem pemilihan kita dalam PKR. Unsur camportangan dari
tokoh-tokoh tertentu di dalam PKR bagi mencatur calon pilihan
masing-masing usah dinafikan. Memang wujud dalam menentukan calon di
dalam PRU 13 yang lalu.
Ada
kawasan yang telah meletakkan calon pilihan kawasan tersebut, tetapi di
penghujungnya dicantas dan dinaikkan tokoh lain yang belum teruji
dengan perjuangan parti. PKR jangan cuba nafikan perkara ini. Ia bukan
saja berlaku di Sabah, tetapi berlaku juga di Semenanjung. Paling
khianat, mereka bukan saja keluar parti dan menjadi calon Bebas tetapi
membuat pengakuan menjadi calon Bebas yang pro Bn. Oleh itu, alasan
katak ini memang tidak masuk akal samasekali. Mereka tidak bersetuju
dengan kepimpinan sepatutnya mereka kritik kepimpinan dari dalam,
bukannya menjadikan kepercayaan rakyat sebagai pertaruhan. Apakah Adun
ini fikir semua rakyat yang mengundi beliau bersetuju dengan alasannya
itu?
Apa
pun, PKR mesti peka dengan hal ini. Ini bukan pertama kali berlaku di
dalam PKR. Sebuah negeri telah jatuh angkara pengkhianat seperti ini.
DS Anwar, mahu atau tidak beliau terpaksa tegas selepas ini. Jangan
benarkan mana-mana tokoh di dalam PKR membina politik individu
masing-masing. Badan seperti JPRP harus dimansuhkan kerana terlalu
banyak kontroversi tentang keputusan badan yang diterajui oleh Azmin
ini.
Di
dalam kongres PKR tidak beberapa lama lagi, tentukan isu seperti ini
diperdebatkan dengan serius jika mahu imej PKR dipulihkan.
Sunday, 3 November 2013
SKRIN BESAR PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK PIALA MALAYSIA MALAM INI DI INDERA MAHKOTA
MALAM ini, Ahad (03/11/2013) mari kita ramai-ramai menyaksikan Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia di antara dua gergasi Pantai Timur iaitu Pahang yang akan menentang Kelantan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor mulai jam 0845.
Pejabat Khidmat Parlimen Indera Mahkota bertempat di Jalan 8/33, Indera Mahkota (berdekatan Mc Donalds) akan menayangkan secara langsung melalui skrin besar di perkarangan pejabat tersebut. Sehubungan itu, peminat-peminat bolasepak dijemput untuk bersama-sama menonton perlawanan yang pastinya menarik malam ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)