KEADILAN Cabang Paya Besar menyeru kepada semua ahli KEADILAN dan para penyokong untuk beramai-ramai memberikan sokongan moral kepada para sukarelawan pejalan kaki Kempen #RED2GREEN - WALK TO PARLIAMENT" yang akan bermula esok (12/3/16) sehingga mereka dijangka sampai ke Parlimen pada 28/3/2016.
Beberapa kawasan di Paya Besar juga terutama sekitar Bukit Goh dan Sg Lembing telah terlibat dengan pencemaran hasil dari perlombongan Bauksit. Sehubungan itu, di dalam tempuh penggantungan aktiviti perlombongan tersebut, kita mesti tunjukkan bahawa aktiviti ini harus dihentikan kerana terlalu banyak kemudharatannya berbanding dari kebaikannya.
Ayuh, warga Paya Besar. Kita mampu mengubahnya!!
No comments:
Post a Comment