Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN Paya Besar telah diadakan pada 03 Oktober 2015 baru-baru ini bertempat di Pejabat Ranting Taman Tas, Kuantan pada jam 08.00 malam.
Mesyuarat telah dihadiri oleh semua AJK dan ahli-ahli KEADILAN Cabang Paya Besar dan diresmikan oleh Ketua Cabang Rompin yang mewakili MPN Pahang, Sdr Rabidin Kasmawi.
Di antara usul-usul yang diluluskan sebulat suara di dalam mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:
1. Keputusan penting berkaitan hubungan KEADILAN dengan Pas, mahupun di dalam Pakatan Harapan hendaklah dibuat melalui Kongres yang dijangka akan diadakan pada penghujung Oktober atau November ini. Akar umbi diberikan peluang untuk membahaskan isu tersebut bukannya ditentukan oleh beberapa kerat pimpinan atasan.
2. Menyokong kepimpinan Presiden, Datin Seri Wan Azizah serta Timbalan Presiden, YAB Azmin Ali.
3. Menyokong penuh keputusan Pakatan Harapan yang menamakan Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai PM sekiranya Pakatan Harapan berjaya mengambil-alih Putrajaya.
4. Menyokong penuh kewujudan Pakatan Harapan yang terdiri dari KEADILAN, Dap dan Amanah serta mana-mana pihak yang ingin bersama.
5. Mendesak Kerajaan Pusat dan Negeri agar menyelesaikan isu-isu pencemaran alam sekitar terutamanya di kawasan Sg Lembing, Bukit Goh dan lain-lain.
6. Mendesak Kerajaan Negeri membaiki kerosakan jalan dan kebocoran paip di kawasan Taman Tas.
Mesyuarat telah berjalan dengan licin dan teratur. Terima kasih di atas komitmen semua ahli Cabang KEADILAN Paya Besar.
No comments:
Post a Comment