Pengerusi Pemantau Jenayah MyWatch, Sri Sanjeevan mempersoalkan bagaimana suspek pembunuhan kes berprofil tinggi Altantuya Shaariibuu dibenarkan ke luar negara.
Menurutnya, pergerakan tertuduh, Koperal Sirul Azhar Umar yang juga bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) sepatutnya dipantau secara rapi selepas dibebaskan dengan ikat jamin.
“Bagaimanakah seorang suspek kes pembunuhan berprofil tinggi meninggalkan negara tanpa disedari? Ini mesti disiasat dan sepatutnya kita berasa malu dengan ketidakcekapan pihak berkuasa kita,” katanya dalam kenyataan.
Sirul dan seorang lagi anggota UTK, Azilah Hadri didaapti bersalah kerana membunuh Altantuya dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutan pada 13 Januari lalu.
Keputusan itu mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada Ogos 2013 yang membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh warga Mongolia berkenaan.
Bagaimanapun, Sirul tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan ketika keputusan perbicaraan dan peguamnya memaklumkan tidak dapat menghubungi tertuduh sejak enam bulan lalu.
Media kemudian melaporkan Sirul berada di Australia dan tidak mempunyai wang untuk kembali ke tanah air.
Kerajaan Australia bagaimanapun tidak membenarkan ekstradisi dibuat ke atas Sirul bagi menjalani hukuman gantung kerana tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.
Sanjeevan berkata, alasan kesempitan wang untuk tidak kembali ke Malaysia bagi menghadapi pendengaran di Mahkamah Persekutuan tidak dapat diterima sama sekali.
“Secara peribadi, saya ingin menawarkan tiket penerbangan percuma kepada Sirul untuk pulang ke Malaysia dari Australia,” ujarnya.
Menurutnya, jika alasan itu adalah benar dan tiada niat melarikan diri, beliau pasti tertuduh akan menerima tawaran berkenaan dan pulang ke Malaysia untuk dijatuhi hukuman./KD

No comments:
Post a Comment