NOTIS

RADIO KOBAT FM

Thursday 18 December 2014

MEMANTAU SITUASI BANJIR DI SG LEMBING, KUANTAN

Dua tiga hari yang lalu, hujan telah mula turun tanpa henti di sekitar Kuantan termasuk juga di kawasan Paya Besar.  Beberapa kawasan di Indera Mahkota dan Kuantan telah mula dinaiki air, begitu juga di kawasan Sg Lembing dan Panching.  Namun demikian, setakat hari ini keadaan masih terkawal namun perlu berhati-hati dan bersiapsiaga sepanjang masa.

Pagi semalam (Rabu-17/12/14) saya selaku Ketua Cabang Paya Besar dan juga Setiausaha KEADILAN Negeri Pahang bersama beberapa ahli dari MPN Pahang telah melawat untuk memantau situasi banjir di sekitar Sg Lembing, Kuantan.  Turut bersama adalah KC Maran, Sdr Bostamin, KC Rompin Sdr Rabidin, Penyelaras KOBAT/Biro Komunikasi KEADILAN Pahang Sdr Wan Fauzudin, dan SUK KEADILAN Pahang, Sdr Adnan.

Kami sempat bertanyakan keadaan semasa penduduk di sekitar kawasan tersebut di samping sempat meninjau Pejabat Ranting KEADILAN Sg Lembing bagi mendengar sendiri sebarang permasalahan yang timbul dan persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Sehubungan itu, saya berharap agar semua penduduk di Sg Lembing khususnya sentiasa berwaspada sebilang masa sepanjang musim tengkujuh ini.  Sebarang keperluan dan masalah, sila berhubung dengan Ketua Ranting KEADILAN Sg Lembing atau menghubungi saya sendiri untuk tindakan yang perlu diambil.



 

No comments:

Post a Comment