Selamat Berkongres. Kongres Parti KEADILAN Rakyat akan bermula hari ini 22 Ogos - 24 Ogos 2014 bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam. Hari ini adalah Kongress AMK dan Wanita.
Kongress Nasional pula bermula 23 Ogos (Sabtu) dan 24 Ogos 2014 (Ahad). Semua Cabang di Pahang akan menghantar Perwakilan serta Pemerhati masing-masing dan mereka diminta melapor diri seawal jam 08.00 pagi di kaunter Pendaftaran.
Mudah-mudahan Kongres kali ini akan berjaya menyatukan kesemua ahli parti dan yang paling utama kita boleh mendengar amanat pimpinan kita apatah lagi kita baru saja menghadapi ujian krisis dalaman parti sewaktu pemilihan baru-baru ini dan juga krisis di dalam isu MB Selangor.
Tiada jalan mudah untuk kita bersatu melainkan kita mesti hormat dan patuh kepada pucuk pimpinan parti. PKR bukan parti yang tidak boleh ditegur atau dikritik tetapi kita mempunyai nilai disiplin dan tangungjawab apabila kita mahu menegur parti. Tanpa kritikan dan teguran, parti akan hanyut dan dipinggirkan, maka adalah wajib pimpinan dan pihak-pihak yang berkenaan mendengar setiap kritikan dan teguran dan berusaha sedaya upaya memperbaikinya.
Selamat Berkongres !!
No comments:
Post a Comment