NOTIS

RADIO KOBAT FM

Friday, 17 January 2014

JANGAN SEBAB 'KANGKUNG' IMEJ PDRM TERCEMAR


Amat memalukan jika benar apa yang dinyatakan di dalam Twitter Sdr Fariz Musa ini.  Tidak terfikir oleh kita bagaimana sejauh itu pihak Polis bertindak, dan saya harap ianya tidak benar.

Di dalam keadaan kadar jenayah di negara ini semakin membimbangkan, menyiasat isu 'kangkung' adalah satu tindakan yang amat memalukan, lucu dan paling sedih sekali boleh menjatuhkan imej PDRM sendiri.  Kita tidak kisah imej Menteri Dalam Negeri yang menjaga Polis itu tercemar kerana dia orang politik dan nama dia pun sudah lama tercemar dengan isu himpunan aman dan yang terbaru dulu kisah tuduhan Syiah terhadap Mat Sabu.  Kesemua itu benar-benar menjatuhkan imej Zahid Hamidi.

Kini, isu "kangkung' pula menjadi isu besar yang diletakkan beban ke atas Polis.  Apakah "kangkung' sejenis tanaman atau sayuran yang sama seperti ketum atau ganja?  Apakah melagukan kebanggaan Najib tentang turunnya harga kangkung satu jenayah besar?  Bukankah lagu itu boleh membantu menaikkan imej Najib sebagai satu-satunya PM yang berjaya menurunkan harga kangkung?

Usahlah pihak Polis melayani perangai kebudak-budakan orang politik seperti ini.  Banyak lagi tugas Polis yang lebih penting yang dibayar gajinya oleh rakyat untuk berkhidmat secara profesional.  Jangan sampai nanti rakyat hilang hormat kepada pihak Polis angkara tangan-tangan jahat orang politik ini.

No comments:

Post a Comment