NOTIS

RADIO KOBAT FM

Monday 8 April 2013

DUN LEPAR ALU-ALUKAN CALON BEBAS

Pintu demokrasi terbuka di mana-mana hatta di Dun Lepar.  Sehubungan itu, kita yakin dan percaya sesiapa juga ada hak untuk bertanding di Dun Lepar samada atas kapasiti parti mahu pun Bebas.

Berbagai jenis manusia boleh kita lihat untuk menggunakan demokrasi.  Ada yang ikhlas bertanding atas amanah yang diberikan oleh parti walaupun terpaksa bertanding di kerusi yang dilihat sukar untuk menang.  Namun, atas amanah yang diberikan maka ianya terpaksa dipikul kerana mustahil kita boleh rejim Umno/Bn menang tanpa bertanding.  Ada juga yang masuk bertanding hanya kerana 'dendam kesumat' terhadap individu dan parti sendiri.  Terpulanglah kepada para pengundi untuk menentukan pilihan mereka.

KEADILAN, khususnya di Dun Lepar tidak menghiraukan sesiapa jua yang mahu meraikan demokrasi di kawasan ini.  Tugas kami hanyalah untuk menentukan impian parti dan PR untuk menawan Pahang dan Putrajaya, InsyaAllah, akan tercapai.  

Alhamdulillah, rakyat kini boleh menilai siapa yang selama ini berjuang dan bekerja kuat untuk parti rupa-rupanya hanya untuk menjadi calon.  Apabila nama tidak tercalon, terserlah lah wajah sebenar.  Orang seperti ini tidak mungkin boleh dipilih oleh rakyat kerana mereka berjuang untuk kepentingan diri.

1 comment:

  1. Akhar Sinar hari ini 9/4/2013 (Selasa)terpapar wajah Ketua Cabang dan AMK menyatakan hasratnya hendak bertanding bebas pada PRU13 nanti. Tidak siapa yang boleh menghalang bertanding apa parti sekali pun, tetapi syaratnya tetap ada .................

    ReplyDelete