NOTIS

RADIO KOBAT FM

Tuesday 26 March 2013

KUNJUNGAN ANWAR KE LEPAR HILIR 1 PADA 28 MAC (KHAMIS) INI, JANGAN CUBA LAKUKAN PROVOKASI


Pada 28 Mac 2013 (Khamis) ini, Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Markas Gerakan Dun Lepar serta memberikan amanat penting kepada para peneroka bertempat di Felda Lepar Hilir 1, kawasan Dun Lepar, Parlimen Paya Besar, di Tapak Bazar Ramadhan Lepar Hilir 1.

Beliau dijangka sampai ke Lepar Hilir 1 mulai jam 10.30 malam dan akan terus merasmikan Markas Gerakan Dun Lepar dan akan menyampaikan sedikit amanat buat para peneroka Felda.  Sehubungan itu, warga felda dijemput hadir beramai-ramai pada tarikh tersebut bagi mendapatkan maklumat terkini serta mengetahui lebih mendalam tentang dasar Pakatan Rakyat khususnya berkaitan Felda.

Penting diingatkan, kita mengharapkan tiada provokasi atau tindakan samseng di luar batasan demokrasi dilakukan oleh mana-mana pihak.  Pihak penganjur telah meminta kerjasama pihak berkuasa untuk memantau program yang akan diadakan ini di samping telah menyediakan kawalan keselamatan untuk membantu pihak berkuasa sekiranya terdapat gangguan dari puak yang tidak bertamaddun atau pihak yang diupah untuk mengganggu program ini.

Rakyat sekitar Paya Besar khususnya diminta turun beramai-ramai agar dapat menyekat sebarang percubaan provokasi pada tarikh tersebut.

No comments:

Post a Comment