Pagi Sabtu (12/12/15) jam 10 pagi, KEADILAN Cabang Paya besar, Kuantan telah mengadakan program khidmat masyarakat iaitu membantu warga emas di kawasan Sg Lembing, Kuantan untuk mengisi borang BR1M.
Program yg diadakan di Pej Khidmat Ranting Keadilan Sg Lembing ini mendapat bantuan sepenuhnya dari Pusat Khidmat Parlimen Kuantan yang turut dihadiri oleh Adun Teruntum YB Sim Chon Siang dan staf-staf beliau. Turut serta adalah Ketua Cabang Paya Besar, Sdr Kamarzaman Mohamed Yunus merangkap Setiausaha Keadilan Pahang dan Sdr Wan Fauzuldin selaku Ketua Penerangan Keadilan Pahang merangkap Setiausaha Cabang. Ketua AMK Kuantan dan wakil AMK paya Besar juga turut membantu.
Pada waktu yang sama kami juga turut mengadakan kempen tandatangan bebaskan Anwar. Majoriti yang hadir untuk mengisi borang BR1M tersebut adalah warga emas di sekitar Pekan Sg lembing.
Terima kasih kepada YB Sim serta seluruh staf Pusat Khidmat Parlimen Kuantan yang sudi memberikan bantuan menjayakan program ini.