NOTIS

RADIO KOBAT FM

Thursday, 30 May 2013

"SEMANGAT SAYA BERTAMBAH KUAT" - KAMARZAMAN YUNUS (SU KEADILAN PAHANG)

Baru-baru ini (27 Mei 2013), Setiausaha KEADILAN Negeri Pahang, Sdr Kamarzaman bin Mohamad Yunustelah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kuantan di atas pertuduhan di bawah Sesyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman kerana menganjurkan perhimpunan yang menyalahi peraturan di bawah akta tersebut.

Perhimpunan yang dimaksudkan itu adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang "BLACK 505 - SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" yang telah diadakan di Dataran Rakyat, Markas Gerakan Parlimen Indera Mahkota, Beserah, Kuantan sebelum ini yang telah mendapat sambutan luar biasa tidak kurang dari 50 Ribu orang yang hadir bagi membantah penipuan Pilihanraya Umum Ke 13 pada 05 Mei yang lalu.

Tidak gentar....

Meskipun Sdr Karmarzaman telah menjadi mangsa di dalam perkara ini, namun ianya tidak sedikit pun melemahkan semangat beliau untuk memperjuangkan keadilan bersama majoriti rakyat di negara ini khususnya di Pahang.  Menyedari risiko yang bakal dihadapi, Sdr Kamarzaman tetap mahu program itu diadakan memandangkan hak untuk bersuara dijamin oleh Perlembagaan.  Hanya rejim yang gila untuk mengekalkan kuasa sahaja yang takut kepada suara rakyat.

"Suara Rakyat Suara Keramat".  "Ini lah hakikatnya sekarang di mana semakin kuat tekanan yang diberikan kepada kami, semakin menguatkan semangat kami untuk terus menentang kezaliman ini", Ujar Sdr Kamarzaman.  

Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama memberikan sokongan moral kepada Sdr Kamarzaman apabila beliau dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Seksyen Kuantan pada 27hb Jun ini nanti.  Beliau tidak wajar dibiarkan bersendirian menghadapi kezaliman ini.

 

Friday, 24 May 2013

SELAMAT BERKONVENSYEN DAN SELAMAT BERHIMPUN SELAMATKAN DEMOKRASI

Cabang Paya Besar turut akan menghadiri Himpunan Rakyat "Blackout 505" pada 25hb Mei ini bertempat di Armcop Mall, PJ sejurus selesai Konvensyen KEADILAN di Petaling Jaya nanti.

Hampir semua AJK Cabang Paya Besar diketuai oleh Pemangku Ketua Cabang sendiri, Sdr Arman akan bergerak ke KL sebelum bermulanya Konvensyen.  Turut bersama beliau adalah Setiausaha KEADILAN Negeri Pahang, Sdr Kamarzaman serta Setiausaha Cabang dan beberapa AJK Cabang.



Cabang Paya Besar menyeru kesemua ahli agar turun beramai-ramai pada perhimpunan tersebut selain dari menghadiri Konvensyen KEADILAN yang dijadual bermula pada 24hb Mei (AMK/Wanita) dan 25hb Mei bagi seluruh perwakilan.  

Selamat Bersidang dan Selamat Berhimpun.

Monday, 20 May 2013

MENGUNJUNGI "FLASHMOP" BEBASKAN ADAM ADLI OLEH ANAK MUDA DI TAMAN KERANG, KUANTAN

Anak-anak muda berdiri teguh menyokong tokoh muda dan aktivis pelajar Adam Adli yang masih ditahan oleh pihak berkuasa atas dakwaan di bawah Akta Hasutan. 

Sdr Kamarzaman (S/Usaha PKR Pahang) mengunjungi anak-anak muda di Taman Kerang
Sokongan anak-anak muda meluas sehingga ke Kuantan.  Malam kelmarin, bertempat di Taman Kerang, Kuantan, berhampiran Masjid Negeri, Kuantan Sdr Kamarzaman Yunus, Setiausaha KEADILAN Pahang sempat bersolidariti bersama anak-anak muda di situ yang mengadakan "flashmop" untuk menuntut pembebasan Adam Adli.

Syabas anak-anak muda.  Kamu adalah pewaris pimpinan negara tercinta ini.

Friday, 17 May 2013

CABANG PAYA BESAR LAKUKAN 'REFORM'

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang bakal diadakan pada bulan Jul ini nanti.  Cabang Paya Besar bakal menyaksikan perubahan di mana kami telah bersedia untuk melakukan 'reform' di dalam Cabang yang 'bermasalah' menjelang PRU 13 baru-baru ini.

Waktu ini, Ketua Cabang dipangku oleh Timbalan Ketua Cabang iaitu Sdr Arman apabila Hj Zahari Mamat bertanding sebagai calon Bebas dan mengistiharkan dirinya keluar parti.  Difahamkan Sdr Arman sendiri berhasrat untuk lebih aktif di dalam Cabang Paya Besar walaupun PRU baru berlalu.  Kini, gerak kerja memulihkan Cabang Paya Besar telah bermula dan di dalam MATC akan datang sudah pasti akan berlaku pemilihan dan perlantikan AJK Cabang yang baru dan lebih efisyen.

Menyedari bahawa jentera parti harus diperkuatkan kerana selama ini kekuatan PKR Paya Besar tidak begitu menyerlah sehinggakan ada dakwaan yang menyatakan PKR bertanding di Paya Besar banyak menumpang jentera parti rakan di dalam PR.  Kita tidak boleh merasa tersinggung atas dakwaan ini, malahan kita anggap ianya satu cabaran di mana mulai saat ini kita mesti buktikan jentera kita tidak kalah dengan jentera rakan kita di Paya Besar.

Cabang Paya Besar akan wujudkan jawatan penting yang selama ini tidak berfungsi seperti jawatan Ketua AMK dan Wanita.  Beberapa program telah mula dirancang untuk Cabang ini bergerak terus ke akar umbi tanpa menanti saat-saat pilihanraya. 

Tuesday, 14 May 2013

PR akan bentuk kerajaan pusat

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Pakatan Rakyat (PR) menjangka kemenangan daripada 20 hingga 30 petisyen yang akan mereka kemukakan selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 diwartakan bagi memberi laluan pembentukan kerajaan pusat baru, kata Lim Kit Siang.

Penasihat DAP tersebut berkata Gobind Singh Deo telah dilantik untuk mengendalikan satu jawatankuasa khas petisyen tersebut, tetapi tidak mendedahkan bantahan tersebut akan dibuat terhadap kerusi-kerusi secara spesifik.

“Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN,” kata Lim yang dipetik berkata dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Sunday, 12 May 2013

"SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" ANAK PAHANG PADA 14 MEI INI

Gerakkan semua rakyat.  Hebahkan di merata tempat.  Jadikan Himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" Peringkat Negeri Pahang pada 14 Mei 2013 (Selasa) ini jam 09.00 malam bertempat di Padang Awam, Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, KUANTAN merupakan satu himpunan terbesar yang pertama di Pahang selepas kita ditipu di dalam PRU 13 baru-baru ini.


Seluruh rakyat Pahang samada di bandar, luar bandar, desa mahu pun warga Felda termasuk kaum Orang Asal mestilah turun seramai mungkin pada hari tersebut dengan berpakaian HITAM.  Kita mesti tunjukkan bahawa undi popular seluruh Malaysia yang melebihi 50 % menyokong Pakatan Rakyat itu adalah hakikat sebenar bahawa Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang rakyat pilih di dalam PRU 13 baru-baru ini.

Ayuh...turun beramai-ramai.  Semarakkan "Suara Rakyat Suara Keramat".

Saturday, 11 May 2013

SABTU, HARI "GELAP" BUAT RAKYAT MALAYSIA !!

Sejajar dengan saranan Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim sewaktu beliau berucap di malam Himpunan Rakyat "Suara Rakyat Suara Keramat" bertempat di Stadium Kelana Jaya baru-baru ini, kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia bermula hari ini (Sabtu) dan berterusan pada setiap hari Sabtu, kita berpakaian warna HITAM, sebagai tanda 'dukacita' dan bantahan terhadap penipuan Pilihanraya yang berlaku baru-baru ini.

Meskipun tindakan mengikut perundangan sedang dilakukan oleh pucuk pimpinan bagi melakukan petisyen Pilihanraya, namun rakyat perlu digerakkan agar mereka sedar bahawa penipuan di dalam Pilihanraya bakal mengugat keselamatan negara sekiranya dibiarkan berterusan.

Sebagai rakyat yang sayangkan negara dan bertanggungjawab, kita harus bangkit menentang kemungkaran ini.

Thursday, 9 May 2013

SAMM DESAK PRU DIADAKAN SEMULA !!

Kenyataan Umum
8 Mei 2013

IMPLIKASI DAKWAT TIDAK KEKAL: SAMM DESAK PILIHANRAYA SEMULA

Himpunan BERSIH sejak 2007 lagi telah menggesa penggunaan dakwat kekal, diikuti dua lagi siri himpunan BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Malah himpunan KL112 yang menyaksikan lebih setengah juta rakyat berhimpun turut menekan supaya pilihanraya bersih dan adil dapat dilaksana, ia termasuklah dalam konteks menuntut penggunaan dakwat kekal.

Dakwat kekal hampir digunakan dalam PRU tahun 2008 namun diketepikan sejurus sebelum hari pengundian. Pelbagai pengorbanan, perlawanan antara rakyat dan penguasa pemerintah berlaku untuk tuntutan ini. Ada rakyat yang cedera, ada yang patah kaki, ada yang patah gigi. Malah ada yang mati terkorban dalam menuntut pilihanraya bersih dan adil, termasuklah dakwat kekal. Penggunaan dakwat kekal adalah satu perjuangan rakyat.

Akhirnya perjuangan rakyat untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil dalam konteks tuntutan dakwat kekal telah dipersetujui oleh SPR untuk digunakan dalam PRU-13. Ini kejayaan setelah tiga kali BERSIH.

Mengapa penggunaan dakwat kekal dititik-beratkan supaya diguna dalam pilihanraya?

Dakwat kekal dituntut penggunaannya untuk memastikan tiada pengundian berganda berlaku. Pernah dicadangkan penggunaan sistem matrix, namun sistem tersebut menimbulkan lebih banyak komplikasi untuk dilaksana dan dakwat kekal tetap jadi pilihan.

Setelah penggunaan dakwat kekal dipersetujui oleh SPR, ini bermakna dakwat kekal tersebut haruslah berfungsi dengan baik, tahan (kekal di jari) sekurang-kurangnya 7 hari kerana Hari Mengundi Awal (yang menggantikan undi pos) adalah 5 hari sebelum hari pengundian awam.

Dakwat kekal seharusnya menjadi medium penting yang menjamin 278 ribu pengundi awal, tidak mengundi lagi. Dakwat kekal juga harus menjamin 11 juta pengundi yang mengundi pada 5 Mei, tidak mengundi untuk kali kedua.

Dakwat kekal juga membolehkan kita mengesan warga asing yang jarinya dicalit, ini menunjukkan warga asing tersebut telah mengganggu demokrasi negara ini. Bayangkan, jika ditemui satu kilang yang penuh warga asing di mana jari mereka tercalit dakwat kekal.

Namun apabila dakwat kekal dikesan tidak kekal selepas hari pengundian awal, semua tertumpu kepada SPR. Sepatutnya dakwat kekal bertahan 7 hari, tetapi hanya dibasuh sabun cuci pinggan, dakwat hilang. Malah ada kes disapu pada rumput basah pun boleh tertanggal dakwatnya.

Apakah dakwat yang digunakan itu tidak berkualiti setelah jutaan RM digunakan? Atau ia disengajakan supaya pengundi awal 'terlepas' tapisan dakwat kekal.

SPR memberi alasan dakwat kekal itu perlu 'digoncang' terlebih dahulu untuk memastikan ia berkesan. Namun ia sudah terlambat apabila dakwat kekal tidak berkesan pada 30 April (hari mengundi awal), maka 278 ribu pengundi awal mampu 'transform' menjadi pengundi hantu.

SPR juga kemudian menjelaskan 'fiasco' dakwat tidak kekal tidak perlu dilayan kerana kononnya setiap pengundi tidak mampu mengundi dua kali. Perakuan ini adalah sama ertinya dengan apa yang berlaku tahun 2008, penggunaan dakwat kekal terus dinafikan pada PRU 2013.

Mengapa SPR meremehkan isu dakwat kekal? Ia tidak sepatutnya berlaku setelah penggunaan dakwat kekal dipersetujui. Tindakkan SPR tidak mengambil kisah perihal dakwat tidak kekal ini merupakan satu pengkhianatan dan penipuan dalam terang.

Harus diingat, ratusan ribu nama dalam senarai pengundi tidak dijumpai alamatnya kerana alamat tidak wujud, malah banyak kes yang dijumpai menunjukkan ratusan pengundi berkongsi alamat sama, dan alamat tidak lengkap. Di sinilah gunanya pengundi hantu, setiap nama yang tidak wujud itu perlu ada individu yang masuk ke saluran mengundi kononnya sebagai penama tersebut.

Penama orang yang telah mati juga tidak dibersih dari senarai pengundi, maka pengundi hantu diperlukan juga di sini. Banyak kes daftar undi untuk pengundi baru berlaku secara rahsia, ia hanya diketahui apabila seseorang yang ingin daftar mengundi mendapati namanya telah didaftarkan, di sini juga pengundi hantu diperlukan.

Begitulah banyaknya implikasi yang boleh berlaku sekiranya dakwat kekal tidak digunakan, kerana itu juga penggunaan dakwat kekal dituntut dan kerana itu juga SPR telah bersetuju dakwat kekal digunakan dalam PRU-13, akhirnya dinafi. Penafian penggunaan dakwat kekal (dakwat yang benar-benar kekal) ini menjadikan PRU-13 sebagai pilihanraya yang terkotor dalam sejarah, yang akhirnya kemenangan Pakatan Rakyat itu dirampas oleh SPR dan Umno.

Justeru itu, oleh kerana SPR telah khianat janjinya untuk penggunaan dakwat kekal, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menegaskan pilihanraya umum ke-13 harus dilakukan sekali lagi dengan dakwat yang mampu kekal 7 hari. SAMM mendesak keras pilihanraya semula mengambil tempat.

Seperti dijangka dari awal, SPR telah meluluskan beberapa tuntutan sebagai lakonan untuk beri laluan pilihanraya berlangsung. SPR juga telah menggunakan beberapa tuntutan BERSIH sebagai helah untuk lebih banyak penipuan disusun bagi mengekalkan regime Barisan Nasional. Antaranya ialah pemansuhan undi pos (diganti undi awal) dan juga penggunaan dakwat kekal yang akhirnya, tidak kekal.

Hari ini, akan berlaku himpunan besar 'Black505' di Stadium Kelana Jaya. Himpunan menifestasi kemarahan rakyat dan dijangka puluhan ribu akan hadir. SAMM beri jaminan, pasca himpunan 'Black505' bakal menyaksikan akan lebih ramai rakyat turun berhimpun. Sepertimana amaran yang telah dilaungkan, Tipu PRU Rakyat Bangkit Humban Kamu!

SAMM beri kata dua kepada kerajaan Najib dan konconya SPR, samada untuk mengadakan pilihanraya semula atau hadapi kemaraan rakyat!


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Tuesday, 7 May 2013

CABANG PAYA BESAR AKAN DIMANTAPKAN

PRU 13 telah pun berlalu.  Terlalu banyak kontroversi telah dapat kita saksikan semenjak sebelum pembubaran Parlimen lagi sehinggalah di dalam tempoh berkempen dan ianya bertambah buruk lagi sewaktu di hari Pengundian dan Perjumlahan Undi.  Itulah amalan demokrasi yang menjelekkan di negara kita.

Apa pun semuanya terpaksa kita terima.  Kini biarlah tindakan selanjutnya ditentukan oleh pimpinan kita bagaimana untuk memulihkan amalan demokrasi negara kita yang amat buruk ini.  

Bagi Cabang Paya Besar, tumpuan kini adalah untuk terus berkhidmat dan menjadikan Cabang Paya Besar sebagai Cabang yang lebih baik dan tersusun di masa akan datang.  Pada bulan Julai nanti, dijangka pemilihan parti akan berlangsung.  Waktu itu, Cabang Paya Besar akan mengambil kesempatan untuk memulihkan berbagai permasalahan yang wujud sebelum ini.

Cabang Paya Besar akan membentuk Organisasi yang lebih mantap dan jitu bagi mendapatkan seramai mungkin ahli yang menyokong KEADILAN khususnya di Cabang Paya Besar.  

Friday, 3 May 2013

SAIFUL OH SAIFUL.....

Sumpah Saiful di depan Kaabah kononnya dilakukan pada bulan April 2012.  Sekarang ini sudah masuk bulan Mei 2013, ertinya sudah setahun rakaman itu disimpan.  Mengapa sekarang disiarkan?  Adakah masih mahu dikatakan kebetulan waktu untuk mengundi?

Dulu pun beliau lakukan sumpah laknat di Permatang Pauh tidak sampai 24 jam sebelum hari penamaan calon PRK Parmatang Pauh di mana DS Anwar bertanding.  Ketika itu pun Saiful sebut ianya kebetulan.  Kali ini pun kebetulan?  

Biarlah akal yang bijak menilai manusia ini.